Sunday, 26 June 2011

Artikel penggunaan ICT dalam PPSMI



Lemah bahasa Inggeris - PPSMI dan kegagalan ICT
KENYATAAN Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai penggunaan komputer riba dan projektor multimedia didapati kurang berkesan dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah baru-baru ini membuatkan saya terfikir sejenak.
Adakah komputer riba dan projektor multimedia ini yang `bertanggungjawab' atas keberkesanan pengajaran?
Komputer riba dan projektor multimedia hanyalah alat bantu mengajar.
Dengan kata lain, ia digunakan untuk membantu guru mengajar - sama seperti penggunaan teknologi yang lebih konvensional seperti overhead projector (OHP) yang popular di sekolah.
Sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik, saya masih ingat ketika saya perlu merancang penggunaan bajet Sains dan Matematik setiap tahun untuk membeli bahan atau alat bantu mengajar.
Peralatan ini dapat membantu guru di kelas, dan tidak hanya mengajar secara chalk and talk.
Mengapakah statistik kegagalan program PPSMI dikaitkan dengan penggunaan komputer riba dan projektor?
Adakah ini bermakna tanpa komputer riba dan projektor pengajaran akan lebih berkesan dan pelajar-pelajar akan lebih berjaya?
Sejak tahun 2001, latihan demi latihan telah diberi kepada guru yang bakal mengajar subjek tersebut.
Latihan itu bukan hanya membimbing guru bagaimana hendak mengendalikan kelas, malah latihan penggunaan peralatan ICT dan latihan bahasa Inggeris.
Persoalannya, di manakah tahap keberkesanan latihan-latihan ini menyumbang kepada pencapaian pelajar-pelajar?
Jika dasar telah ditetapkan, maka sebagai seorang guru yang diberi amanah, kita perlu berusaha sedaya upaya - bukan asyik menyalahkan perkara lain kecuali diri sendiri.
Agak menghairankan, 320,000 guru itu adalah hasil daripada acuan sistem pelajaran negara, yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib sejak tahun satu (sekolah kebangsaan) hingga ke peringkat universiti.
Mata pelajaran Bahasa Inggeris bukannya baru setahun dua diperkenalkan dalam sistem pelajaran kita.
Individu
Mungkin kita perlu mengimbau kembali bagaimanakah pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri sejak lama dahulu tidak berkesan melahirkan individu yang berjaya menguasai Bahasa Inggeris.
Punca kegagalan ini juga, saya percaya, terletak pada sikap individu itu sendiri, kesediaan untuk menyahut cabaran dan berusaha demi mendidik anak bangsa.
Tetapi saya juga berpendapat tanggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru, tetapi ibu bapa dan masyarakat juga jangan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.
Pembelajaran formal di kelas sebenarnya tidak memadai.
Biar saya bawa pembaca kepada senario di sekolah.
Bagi subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah mengambil masa sebanyak 10 waktu seminggu, atau kira-kira 20 peratus waktu pengajaran di sekolah.
Pelajar berada di sekolah lebih kurang tujuh jam daripada 24 jam sehari tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad.
Secara puratanya, 20 peratus daripada tujuh jam akan menyumbang kepada 1 jam 20 minit sehari sahaja.
Adakah ini mencukupi untuk pelajar-pelajar serta murid-murid ini berjaya?
Saya percaya, di kawasan luar bandar, ibu bapa yang tidak fasih berbahasa Inggeris akan menyerahkan segala-galanya kepada guru dan dengan 1 jam 20 minit sehari - tidak termasuk hujung minggu - bagaimana hendak kita ukur kejayaannya!
Walaupun ada segelintir pelajar berusaha membaca sendiri dengan menggunakan buku rujukan, tetapi dengan dengan penguasaan bahasa yang masih lemah, maka sukarlah untuknya memahami konsep-konsep pembelajaran.
Jika dibandingkan dengan pelajar di bandar yang berlatarbelakang keluarga yang berbahasa Inggeris di rumah, maka proses pengukuhan akan berlaku sendiri selepas waktu sekolah.
Jangan kita `menyalahkan' komputer riba dan projektor. Seperti yang saya katakan tadi, ia hanya Alat Bantu Mengajar (ABM).
Sepatutnya peralatan tersebut dapat membantu guru lebih bersedia untuk mengajar di kelas dan lebih kreatif dalam pendekatan pengajaran.
Guru-guru tidak perlu terikat dengan perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.
Malah mereka juga boleh membina bahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan pelbagai sumber seperti bahan-bahan di Internet, bahan beranimasi yang dibina sendiri atau bahan-bahan cetak yang boleh diimbas untuk diguna pakai di kelas.
Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains serta mata pelajaran yang sukar seperti Fizik dan Matematik Tambahan, saya sentiasa percaya dengan adanya komputer dan multimedia ia akan mengukuhkan lagi pemahaman konsep yang dipelajari.
Ini kerana konsep-konsep tersebut dapat dipersembahkan dengan animasi tanpa perlu pelajar menggunakan imaginasi.
Tetapi yang seharusnya kita fikirkan bersama ialah, bagaimanakah kita hendak memastikan pelajar, terutamanya yang berada di luar bandar diajar sebaik-baiknya di sekolah dan mendapat pengukuhan selepas waktu persekolahan.
Jika waktu yang ada di sekolah terlalu singkat mungkin kita perlu menambah masa, sama ada menambah waktu mengajar mata pelajaran tersebut atau menyediakan program-program tambahan.
Jika pendekatan pengajaran kurang sesuai, mungkin kita perlu kaji pendekatan pengajaran guru-guru serta menyarankan perubahan yang perlu.
Usaha-usaha lain selepas waktu sekolah pula merupakan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.
Perisian
Saya percaya ICT dapat membantu, sebagai contoh penggunaan perisian sekolah bestari atau BestariEd dalam bentuk cakera padat (CD) dan juga boleh dimuat turun daripada Internet.
Dengan adanya bahan-bahan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini yang telah direka bentuk sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran, dapat diguna pakai oleh pelajar tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Perisian BestariEd ini telah dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri dan dapat diguna pakai selepas waktu sekolah dan pada bila-bila masa.
Pelajar boleh mengakses kendiri, pada kadar kendiri dan terarah kendiri pembelajaran mereka sehingga mereka dapat menguasai sepenuhnya bukan hanya Sains dan Matematik tetapi juga Bahasa Inggeris.
Dengan penggunaan perisian ini ibu bapa yang kurang fasih berbahasa Inggeris tidak lagi perlu risau dan secara tidak langsung dapat membantu guru-guru di sekolah.
Untuk mengelakkan pelajar di luar bandar yang tidak mempunyai komputer di rumah tercicir, pihak sekolah boleh membenarkan pelajar-pelajar menggunakan komputer selepas waktu persekolahan untuk pembelajaran kendiri.
Kerajaan negeri pula boleh memainkan peranan seperti yang telah diusahakan oleh kerajaan Terengganu baru-baru ini, iaitu menyediakan peralatan ICT di pusat-pusat komuniti.

Cara-cara membuat blog....

CARA-CARA MEMBUAT BLOG...TRY LAH...

Untuk menghasilkan sebuah laman Blogspot, anda mestilah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu atau apa-apa pun alamat email. 
Kerja anda akan menjadi lebih senang....Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Anda boleh terus menamakan blog anda seperti yang dikehendaki. Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template yang berkenan di hati. Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
Pendaftaran Blogger

selepas ini anda boleh menulis yang yang anda mahu...Blogger
maka terbina lah satu laman blog untuk anda..

Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Blogger

Blogger


bloggero-06

Siap la sebuah blog.. mudah kan..